Teknologi automotif merupakan satu ilmu berteraskan kejuteraan mekanikal yang menjurus dalam bidang automotif. Dalam erti perkataan lainnya teknologi automotif juga disebut sebagai kaji sawat kenderaan.
Bidang ini sungguh meluas kepada kejuruteraan fizik, kerana segala teknologi yang wujud pada zaman ini lebih kepada pergerakan material. Selain menerangkan tentang teknologi yang terkini, bidang ini menjurus kepada penyebaran maklumat berkaitan ciri-ciri keselamatan dan ciri-ciri menjadi pengurusan mekanik yang baik. Ia diwujudkan dalam sub topik yang ada pada sesebuah modul yang dicipta.
Teknologi automotif kini bergerak seriing dengan arus permodenan. Struktur dan reka bentuk juga mempengaruhi sesuatu jasad yang dikaji dalam buku ini yang dinamakan aerodinamik. Enjin menyediakan kuasa untuk memacu roda kenderaan. Semua enjin automobile, sama ada petrol atau diesel dikelaskan sebagai enjin pembakaran dalam kerana proses pembakaran yang menjana tenaga berlaku di dalam enjin.
Objektif
Menarik minat kanak-kanak terhadap subjek berkaitan STREAM terutamanya Tunjang Sains dan Teknologi
Sebagai panduan kepada Pendidik Masyarakat (PM) untuk merangka proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan STREAM dengan lebih berkesan
Membudayakan Pembelajaran Abad ke-21 dan sekaligus melahirkan kanak-kanak serta PM yang mempunyai ciri-ciri kemahiran Abad ke-21
TABIKA KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM 2), Ayer Hitam Kedah merupakan TABIKA KEMAS Pintar STREAM keempat yang dirasmikan YB Menteri Pembangunan Luar Bandar. TABIKA KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM 2) ini dijenamakan sebagai TABIKA KEMAS Pintar STREAM (Eco Education) dilengkapi dengan elemen mesra alam yang sesuai dengan usia kanak-kanak 4 – 6 tahun. Bahan kitar semula turut digunakan dalam memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan dengan fungsi teknologi mesra alam dalam kehidupan seharian.
Mereka diberi peluang merekacipta berdasarkan minat sekaligus membina asas yang kukuh dalam bidang matematik, sains, teknologi rekabentuk dan ICT melalui kemahiran hands on sepanjang aktiviti Modul e-STREAM (Eco Education) dijalankan. Penglibatan ibubapa dalam aktiviti Modul e-STREAM (Eco Education) merupakan nilai tambah utama dalam usaha memperkukuhkan simbiosis ibubapa/ masyarakat dengan pihak TABIKA.
Perancangan Awal
Perancangan pengisian serta reka bentuk Tabika KEMAS Pintar STREAM dibincangkan bersama pegawai serta kakitangan KEMAS yang terdiri daripada Jurulatih Institut / Pusat Latihan, Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidik Masyarakat, pegawai dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ibu Pejabat serta KEMAS Negeri dan Daerah. Kerjasama pintar bersama rakan strategik dari Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Pembersihan Awam (SWCorp), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, CIDB Negeri Kedah, Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, dan Anggota RELA Kubang Pasu turut dilibatkan semasa proses perancangan.
Bengkel Siri 1
Pada 9 Mac 2017, bengkel bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik telah melakarkan deraf 3D layout rekaan luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM. Inspirasi rekaan bertemakan Eco Education membentuk suasana pembelajaran di kawasan secara holistik. Pelan lantai bagi pusat pembelajaran berdasarkan fungsi.
Pusat
Nama Pusat
Fungsi
Bahasa
Reading Room
Membantu meningkatkan serta merangsang perkembangan literasi
Penerokaan
Discovery
Meneroka dan melakukan eksperimen berdasarkan tema
Kraf dan Kreatif
Let's Get Crafty
Melaksanakan aktiviti kraf dan seni visual
Block dan Puzzle
Innovation
Merangsang kanak-kanak berinovasi menggunakan LEGO, blok, puzzle, dan lain-lain
Drama
• Dramatic Play • Simulator Cabin
Merangsang dan mengalakkan elemen main peranan dan komunikasi dalam diri kanak-kanak
Outdoor Learning Centre
Outdoor Learning Centre
Kajian lapangan @ field work di luar kelas
Bengkel Siri 2
Pada 31 Mac 2017, Bengkel Siri 2 dilangsungkan bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik daripada UPSI melaksanakan penambahbaikan pada perspective layout dan cadangan warna luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM yang sesuai. Penambahbaikan kepada susun atur pelan lantai bagi pusat pembelajaran. Namun, fungsi setiap pusat dikekalkan.
Reading Room
Pusat bagi mempelajari kemahiran membaca dan menulis berkaitan automotif.
Contoh : Kanak-kanak menceritakan semula buku yang dibaca dihadapan rakan lain.
Discovery
Pusat penerokaan berkaitan automotif.
Contoh : Kanak-kanak meneroka pelbagai jenis model pengangkutan udara dan berkongsi pengalaman sedia ada bersama rakan.
Let's Get Crafty dan Innovation
Pusat kreativiti kanak-kanak.
Contoh : Kanak-kanak menzahirkan idea kreatif menggunakan blok (lego) dan melalui seni lukis.
Dramatic Play
Pusat untuk melakonkan semula peranan/ watak berkaitan tema. Pakaian seragam direkabentuk khas mengikut aspirasi kanak-kanak semasa aktiviti di kelas.
Contoh : Kanak-kanak berkomunikasi memainkan watak masing-masing.
Outdoor Learning Centre
Lokasi semasa aktiviti rutin – diintegrasikan dengan Modul Keyakinan Diri.
Contoh : Kanak-kanak diberi peluang mengetuai bacaan doa semasa sarapan pagi.
Simulator Cabin
Simulator Cabin merupakan sebahagian daripada Pusat Dramatic Play bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berkomunikasi serta bersosialisasi mengikut watak masing-masing.
Pada 29 April 2017, Pusat Pembelajaran Tabika KEMAS Pintar STREAM telah dinaiktaraf dengan membina ruang tambahan yang seterusnya dijadikan "simulator cabin". Pada Fasa 2 iaitu pada Mei - Jun 2017, proses perancangan diteruskan dengan kolaborasi dari UPSI, ASWARA, dan juga NGO.
Mulai 13 Jun 2017, kanak-kanak telah memulakan aktiviti dengan jayanya di pusat pembelajaran setelah proses menyiapkan Tabika KEMAS Pintar STREAM selesai.